Arigato!!!

Salam semua dan salam 1Malaysia!!

Thanks sangat-sangat sesiapa yang sudi singgah ke blog ni.. Ucapan terima kasih tak terhingga. Firstly, saya nak minta maaf kerana tidak meng'update' apa-apa entry semenjak oktober tahun lepas. Ini kerana otak saya di masuki virus-virus lupa. Saya terlupa yahoo id dengan password nyer sekali. Memang rungsing!

Tetapi, baru-baru ni saya bukalah diari lama saya. Tak sangka ada yahoo id dengan password nyer sekali. Memang bersyukur teramat sangatlah. Huhu..

Lagi satu pengumuman, tajuk Bukan Cinta Biasa akan di tukar kepada Muzik Cinta.. sekian terima kasih..

Ayu Neiya.

'I m not Ara Maisara but Ayu Neiya..'



Bukan Cinta Biasa 4

- The Killer! -


   Angin petang di Kota Damansara, Kuala Lumpur memang mendamaikan. Selalunya selepas hujan, pasti akan ada angin yang melewati Kota Damansara itu. Mendamaikan dan menenangkan. Suasana sebegitu langsung tidak menenangkan hati seseorang. Hati yang penuh kekusutan dan dendam yang maha hebat.

  Tut...tut..tut..

  Handphone di rentap kasar. Sebaik saja memandang nama yang terpapar di skrin telefon, lantas dia menekan butang hijau. Handphone disua ke telinga.

  "Macam mana?" Pemanggil di sana menyepikan diri. Suaranya bagai tersekat. Lidahnya kelu dihujani ketakutan pada bos garangnya.

  "Hoi, kau pekak ke?"

 "Maaf bos."

 "Maaf, maaf! Macam mana dengan budak tu? Dah dapat maklumat?" Sekali lagi pemanggil itu terdiam.

 "Hoi!"

 "Kami tak dapat maklumat tentang dia bos. Dia hilang!"

 "Jangan cakap yang korang tak dapat jejak dia?!"

 "Ya, bos. Kami tak dapat jejak dia." Takut-takut si pemanggil mengeluarkan suara.
 "Damn! Kenapa korang ni bodoh sangat?! Macam mana kalau budak tu sudah sampai ke Kuala Lumpur? Kau nak tanggung ke?" Dalam ketegasannya, masih ada lagi kerisauan pada nada. Jari-jemari Dato' Nazhan lincah mengetuk meja. 1..2..3..

 Prang...

  Berderai handphone milik Dato' Nazhan mencecah lantai. Panas hatinya bagaikan duduk dalam bara api selama beribu tahun. Tangannya cepat saja menggeletar. Bukan menggeletar ketakutan tapi menggeletar tidak dapat mengawal suhu amarah yang kian memuncak.

 Bangang! Hatinya berdesis bengang. Namun ditekup juga kedua belah tangannya meraup muka. Menenagkan perasaan yang kian bergelora dan kian menyiat hati. Di cuba juga untuk bersabar walaupun rasa hati tidak dapat dibendung lagi. Wajahnya menunjukkan segalanya. Gelisah. Kemarahan. Ketakutan. Kacau bilau hatinya. Pelbagai perasaan yang terpatri disitu.

 Mesti hapuskan dia! Tangan di gengam erat. Nafas ditarik panjang sebelum di hela dengan seribu kelegaan. Kelegaan kerana berjaya mendapatkan semangat dari hati yang semakin kotor!

___________________________________________________________________________________

  "Aku tak nak la! Tak reti bahasa ke?!"

  "Please, just hari ni je!"

  "Aku tak ada mood! Tak faham ke?!"

  "Aku tak kira! Nak juga. Kita mesti pergi!"

  "Casey!"

  "Swan!"

  "Huh!" Nafas dihela kuat. Tak guna juga dia melawan ketika ini. Casey Neice dengan pendiriannya yang teringin pergi ke MidValley sekali lagi! Dan dia dengan pendirian untuk tidak mengikuti si penari comel ini!

  "Please!" Mata dijeling. Tangan mula dikepal untuk siap sedia menyerang. Namun hasratnya terhenti apabila melihat mata temannya bersinar-sinar dan penuh harapan!

  "Jangan lama-lama. Aku ada banyak kerja nak. Bukan hanya melayan kau je!" Akhirnya kata putus diberikan. Seksa! Memang sungguh seksa mengikuti Casey Neice pergi membeli-belah!

  "Yes! Macam tu la kawan aku!" Oh Tidak! Aku harap kali ni dia tak beli berlebihan macam hari tu! Mampus aku kalau macam ni!


  Suasana MidValley kian penuh dan sesak apabila jam sudah menunjukkan 12.30 tengahari. Kebanyakan pengunjung akan mengunjungi pusat membeli-belah terkemuka itu apabila time makan tengahari.

 "Nak?" Kepala digelengkan. Tiada langsung nafsu untuk dia makan di tempat sesak sebegini!

 "Jom balik!"

  "Aku tengah makan ni!"

 "Jomlah balik. Sesaklah kat sini!" Aiskrim disuakan ke mulut. Masih tidak mengendahkan permintaan si kawan yang kian rimas,

  "Casey! Aku serius ni." Muka bengang sudah di tunjukkan. Casey masih menyuapkan aiskrim dalam mulutnya. Tidak mengendahkan kata-kata Swan.

  "Lantak kau la!" Swan bangun meninggalkan meja makan. Barang-barang milik Casey di tinggalkan begitu saja di atas meja. Casey pula terpinga-pinga dengan tindakan drastik dari Swan.

  Kakinya terus saja keluar dari MacDonald. Meninggalkan Casey terkapai-kapai dengan barang-barang shoppingnya yang berlambak. Biar temannya rasa betapa seksa dia membawa barang-barang yang penuh dengan tangan kiri dan kanan.

  Sebaik saja sampai di tempat parkir kunci kereta di cari dalam tas tangannya. Punat merah ditekan lalu disuakan kearah kereta BMW miliknya. Tas tangan di letak di tempat duduk sebelah. Pintu kereta ditutup. Wajahnya yang serius terus saja mengukir senyuman jahat. Senyuaman khas untuk Casey yang dari tadi terhegeh-hegeh mengejarnya.

  Enjin kereta dihidupkan. Baik dia pergi dari sini sebelum Casey sampai dan membebel dengannya. Tentang mengangkutan yang Casey bakal naik, dia tidak mahu tahu! Pandai-pandailah gadis itu balik. Nak jalan kaki ke, naik teksi ke atau naik bas ke. Dia langsung tak kisah. Biar padan muka dia!

Muzik Cinta

Muzik Cinta
-Violin teach me everythings. About music, life and love...-

Bukan Cinta Biasa.. © 2008. Blog design by Randomness