Arigato!!!

Salam semua dan salam 1Malaysia!!

Thanks sangat-sangat sesiapa yang sudi singgah ke blog ni.. Ucapan terima kasih tak terhingga. Firstly, saya nak minta maaf kerana tidak meng'update' apa-apa entry semenjak oktober tahun lepas. Ini kerana otak saya di masuki virus-virus lupa. Saya terlupa yahoo id dengan password nyer sekali. Memang rungsing!

Tetapi, baru-baru ni saya bukalah diari lama saya. Tak sangka ada yahoo id dengan password nyer sekali. Memang bersyukur teramat sangatlah. Huhu..

Lagi satu pengumuman, tajuk Bukan Cinta Biasa akan di tukar kepada Muzik Cinta.. sekian terima kasih..

Ayu Neiya.

'I m not Ara Maisara but Ayu Neiya..'



Bukan Cinta Biasa - Prolog -

-Prolog-

Alunan muzik yang mendayu-dayu sedikit sebanyak meruntun hatinya. Entah, kali ini lain yang dirasakan mengenai muzik. Selalunya tanggapan dia tentang muzik adalah teruk! Jahat sangatkan dia ni. Muzik sebegitu dianggap teruk. Tapi kali ini tanggapannya pula berubah. Lain dia rasakan saat ini.

Bunyi sorakan dan tepukan gemuruh dari para penonton mengejutkan Swan atau nama panjangnya Swan Nivera. Dengan pandangan mata yang terkejut, Swan memerhati disekeliling. Nampaknya masih ada lagi para penonton yang enak dibuai muzik tadi.

"Ya. Hari ini kita sudah disajikan dengan bunyi biola yang cukup hebat, kan. Berikan sekali lagi tepukan gemuruh untuk pemain tadi." Para penonton tadi bertepuk kuat. Kali ini lebih kuat dan bergema dari tadi. Swan juga tidak ketinggalan untuk memberikan tepukan yang kuat.

"Okey semua. Kali ini kita masih ada lagi 'Ratu Tarian' yang baru pulang dari New Zealand. Nampaknya penonton lelaki kita malam ini akan menjadi 'mabuk' sedikit dengan...lenggokan Casey." Selepas saja MC untuk malam itu menghabiskan kata-kata dewan menjadi gemuruh semula namun tidak gemuruh tadi. Para lelaki nampaknya sudah menunjukkan semangat manakala wanita sudah menunjukkan muka jeliknya. Kira menyampahlah tu.

Tanpa sedar, ada seorang gadis sudah mula bangun dari tempat duduk VIP nya. Entah bosan sudah kembali menjelma. Nampak sangat tidak suka persembahan yang bakal dipersembahkan sebentar lagi. Tangga yang dihiasi dengan karpet merah itu dijejaknya. Mahu menuju pintu keluar dari dewan.

"Cik muda, tunggu." Sebaik saja menjejakkan kaki ditangga yang keempat belas. Swan berpaling. Meskipun suara itu suyup-suyup saja namun telinga masih cekap menangkap suara pembantunya.

Sebentar saja, Ratu Tarian sudah memulakan tarian geleknya yang mengancam. Apalagi, terkeluarlah bebola mata lelaki melihat tubuh seksi Casey Neice atau nama komersialnya Casey. Si pembantu tadi sudah semput berlari-lari anak menuju ketuanya.

"Cik muda, nak pergi mana?" Semput yang dialami oleh pembantunya masih belum reda. Tercungap-cungap lagi.

"Yang kamu berlari ni kenapa, Aina?" Dengan suara yang sedikit keras Swan 'menyapa' pembantunya yang bercermin mata klasik.

"Maaf Cik muda. Cik nak pergi mana?"

"Balik." Dengan ayat yang sungguh ringkas dan padat, Swan dengan selambanya memusingkan badan lalu menaiki satu demi satu anak tangga. Sudah tidak peduli dengan pembantunya yang terpinga-pinga sendirian.

Aina menepuk dahi. Terlupa yang Cik mudanya sungguh dingin sekali dengan manusia disekelilingnya termasuk dirinya dan kedua ibubapanya. Dan hari ini dia terlupa sikap sebenar Cik mudanya. Tetapi kenapa? Mungkin juga tadinya dia melihat gadis itu menghayati baik alunan biola yang dimainkan oleh pemainnya? Aina menjungkit bahu. Semputnya tadi sudahpun hilang dan dengan selamba badaknya juga dia melompat-lompat satu persatu anak tangga yang berada disitu. Tidak kisah pandangan orang lain.

Swan terleka. Terleka dengan tangga yang dinaikinya. Dia punya rasa yang pelik sekali di dalam hati. Hati dan jiwa raganya tidak pernah suka muzik tetapi.. Tetapi tadi dia baru saja menghayati muzik dengan seluruh jiwa raganya termasuk hatinya sendiri. Aneh sekali!

'A'ah sudahlah. Itu hanya perasaan biasa.' Swan bermonolog sendirian di dalam hati. Perasaannya kini tidak dipedulikan lagi seperti hari-hari sebelumnya. Seperti saat-saat sebelumnya. Huh~

0 ulasan:

Muzik Cinta

Muzik Cinta
-Violin teach me everythings. About music, life and love...-

Bukan Cinta Biasa.. © 2008. Blog design by Randomness