Arigato!!!

Salam semua dan salam 1Malaysia!!

Thanks sangat-sangat sesiapa yang sudi singgah ke blog ni.. Ucapan terima kasih tak terhingga. Firstly, saya nak minta maaf kerana tidak meng'update' apa-apa entry semenjak oktober tahun lepas. Ini kerana otak saya di masuki virus-virus lupa. Saya terlupa yahoo id dengan password nyer sekali. Memang rungsing!

Tetapi, baru-baru ni saya bukalah diari lama saya. Tak sangka ada yahoo id dengan password nyer sekali. Memang bersyukur teramat sangatlah. Huhu..

Lagi satu pengumuman, tajuk Bukan Cinta Biasa akan di tukar kepada Muzik Cinta.. sekian terima kasih..

Ayu Neiya.

'I m not Ara Maisara but Ayu Neiya..'



Bukan Cinta Biasa 1

Muzik 1

Bunyi unggas dan cengkerik yang berbunyi sedikit sebanyak meredakan hati seorang ibu yang gundah gulana. Kebelakangan ini anak tunggalnya menyepikan diri disuatu tempat. Sudah dijejak oleh pengawal peribadinya, sudah ditanya dengan rakan sahabatnya. Namun tiada seorang pun tahu anak gadisnya menyepi.

Bunyi deruman enjin yang masuk di perkarangan villa 'SunFate' berjaya membuatkan ibu itu berdiri lalu berlari ke arah pintu rumah. Dia harus berbincang hari ini!

Beg tangan yang menyorot ke lengan dinaikkan keatas bahu. Wajah lesu itu diraup beberapa kali supaya nampak segar. Rambutnya yang kusut masai dielus perlahan supaya lurus semula. Setiba di hadapan pintu, kasutnya dicabut lalu disimpan di rak penyimpan kasut. Punat loceng rumah ditekan. Sebentar kemudian, seorang wanita berusia 40an menjegulkan muka di hadapan pintu.

"Swan." Langkah kakinya automatik berhenti. Tidak jadi melangkah untuk menuju ke biliknya apabila ibunya memanggil.

"Ya, mama." Dari bunyi suara, Datin Safira sudah mengangak acuh tidak acuh saja jawapan dari tuan empu badan.

"Mama nak cakap dengan Swan sekejap." Lengan Swan ditarik menuju ke ruang tamu. Swan dengan langkah terkedek-kedek tetap mengikut ibunya menuju keruang tamu.

"Duduk." Dengan wajah yang lesu, langkah yang malas, Swan tetap juga melabuhkan punggung ke sofa empuk. Beg tangan diletak sebelah kanan.

"Kemana Swan pergi kebelakangan ini? Tahu tak mama risau." Datin Safira terus saja menyoal tanpa membenarkan anak gadisnya untuk merenggang otot-otot yang sedikit sengal.

"Pergi office la." Dengan wajah selamba, Swan membalas balik kata-kata mamanya. Meskipun dia tahu kemungkinan dia akan menjadi anak derhaka terhadap ibunya.

"Kenapa Swan jadi macam ni? Apa masalah Swan?" Lirih saja suara Datin Safira menyoal anaknya. Swan sudah berubah semenjak 3 tahun dahulu.

"Masalah Swan ada dengan mama. Mama tahukan kenapa Swan jadi macam ni." Suara tadinya yang acuh tak acuh menjadi terus keras. Ibunya seolah-olah membuka buku lama yang penuh kesakitan sekian kalinya.
"Apa maksud Swan? Mama ada buat apa dengan Swan?" Datin Safira memandang sayu kearah anaknya. Dia langsung tidak faham kenapa Swan menjadi degil sebegini.

"Mama, jangan nak buka lagi cerita lama. Mama tahu kenapa Swan jadi macam ni, so jangan pernah mahu mempertikaikan!" Nada suara Swan sudah berubah keras. Bukan niatnya mahu kurang ajar pada ibunya namun kedegilan dan kekerasan hati Datin Safira yang memaksanya.

"Kenapa sekarang Swan sudah biadap dengan mama? Mama tak pernah ajar anak mama macam ni!" Satu senyuman sinis terbit di muka lesu Swan. Kata-kata mamanya membuatkan hatinya seperti di ramas kelucuan.

"Mungkin mama tidak pernah ajar anak mama jadi kurang ajar. Tapi mama ajar Swan supaya jadi kasar dan pendendam!" Datin Safira tersentak. Muka Swan sudah menunjukkan tanda menyampah.

Datin Safira hanya mengiringi pemergian anak gadisnya dengan ekor mata dan sebak dihati. Swan sekarang sudah begitu kasar berbanding dulu. Swan, anak gadisnya yang dulu seorang yang lemah lembut dan penyayang orangnya. Tetapi sekarang? Adakah makhluk lain yang menyerupai Swan? Hati Datin Safira diragut pilu.

Satu persatu anak tangga yang dijejaknya menambahkan rasa muak dihati. Bukan dia bermaksud untuk malawan cakap ibunya. Apatah lagi membuat ibunya sedih dengan sikapnya. Tetapi dia terpaksa! Terpaksa memilih jalan ini. Dia sudah malas menjadi Swan yang selalu dibuli, Swan yang mengikut perintah orang tua dan Swan yang selalu lemah semangat. Dia sudah lali dan bosan dengan karektarnya yang dahulu.

Kini, dia menjadi Swan Nivera yang kejam. Bukan kejam membunuh orang. Tetapi kejam membenci orang. Membenci orang sekelilingnya membuatkan dia juga sakit namun itu realiti yang terpaksa dia jalani. Jika suatu masa dahulu, dia mengikut dan patuh kepada arahan kedua orang tuanya tetapi, hanya satu harapan dan kehendak hati miliknya yang mahu menyintai membuatkan dia jadi begini.

Sorry mama, Swan dah berubah. Sekarang tiada sesiapa lagi yang boleh buli Swan Nivera! Hati Swan melahirkan kata-kata yang membuatkan dia terlega sendiri. Lega kerana dia menjadi Swan yang tidak lemah lagi!
                                                               ***********

"What problem with you?" Satu suara menyapa gegendang si jejaka. Namun respon yang diharapkan tidak sama seperti keadaan sekarang.

"Chris!" Kini, suara yang tadi separuh menjerit. Menjerit separuh geram.

"What the hell?" Si jejaka bernama Chris tadi bersuara sambil merengus kasar. Terkejut dengan sapaan itu.

"Aik? Aku pulak yang dipersalahkan. Lantak kaulah." Suara lelaki tadi mula bersuara kemudian berdiri untuk keluar dari restoran.

"Irfan, wait for me!" Terkedek-kedek Chris mengikut jejak langkah Irfan yang semakin cepat berjalan.

"Irfan!" Langkah kakinya berhenti mendadak. Nasib baik Chris tidak terlanggar belakang badan sasa milik temannya. Kalau tidak, sudah hidungnya sudah mengalirkan cecair merah pekat seperti hari-hari kelmarin.

"Kau ni cepat merajuk la, Irfan. Macam perempuan." Chris mengomel. Jejaka berbangsa English itu rupanya fasih berbahasa melayu. Jadi tidak mustahillah dia menetap di Malaysia.

"Aku tak merajuk la. Aku malas nak layan orang yang tak nak layan aku." Chris menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tahap Confiuse sudah menjelma dalam otak Chris.

"Kau cakap ni berbelit-belit la. Lidah kau boleh tahan pulak."

"Ha? Tahan apa pulak ni?" Langkah kaki diteruskan. Orang yang lalu lalang disitu menyesakkan keadaan. Tangan kanan dimasukkan poket seluarnya. Tangan kiri memberi isyarat kepada temannya untuk mencari tempat berbual. Maybe di dalam kereta.

"Yelah, kau punya gaya percakapan tu berbelit-belit. Tentu lidah kau juga terbelit, kan." Pandangan Chris tentang ayatnya tadi membuatkan ketawa Irfan mahu meledak. Jauh benar la pandangan temannya nan satu ni.

"Lidah aku dah berbelit sampai terguling-guling, tahu." Irfan cuba bercanda.

"Really? Oh may god. Biar betul. Tak sakit ke?" Kini, tawa Irfan memang tidak dapat disimpan lagi. Terletuslah satu hilaian tawa dari Irfan di tengah kesibukan manusia yang lalu lalang. Adoyai, takkan dia percaya betul~

0 ulasan:

Muzik Cinta

Muzik Cinta
-Violin teach me everythings. About music, life and love...-

Bukan Cinta Biasa.. © 2008. Blog design by Randomness